23 May

Pengolahan karangan fakta memerlukan beberapa langkah antaranya :


1) Menyusun rangka karangan


- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
 - Isi penting tidak perlu diulang.


2) Membina perenggan.

Bagi karangan fakta tingkatan dua memerlukan sebanyak lima hingga enam perenggan yang terdiri daripada satu pendahuluan, tiga atau empat isi dan satu kesimpulan atau penutup. Satu perenggan hendaklah dibangunkan dengan satu ayat utama atau ayat topik sahaja.  Bagi memudahkan pelajar membina perenggan, seelok-eloknya dibina lima ayat. Ini pentng untuk mengimbangkan huraian dan jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.


a) Perenggan pengenalan

Perenggan pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat sudah memadai untuk membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi karangan secara umum. Ayat pengenalan (AP) ini diikuti dengan dua atau tiga ayat huraian. Ayat huraian (AH)bertujuan menyokong kenyataan ayat pengenalan. Perenggan pengenalan akan diakhiri dengan satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan. Ayat fokus (AF) merupakan ayat persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.

b) Perenggan Isi

Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumpah isi utama. Kebiasaannya, sebuah karangan fakta memerlukan tiga hingga empat perenggan isi. Satu isi utama dihuraikan dalam satu perenggan sahaja. Untuk menampakkan olahan karangan itu menaik,pelajar perlu membina lima atau enam ayat dalam satu perenggan. Pelajar juga harus pandai mengimbangi jumlah setiap perenggan supaya setiap perenggan tidak terlalu panjang dan pendek.

c) Perenggan Penutup

Perenggan ini berfungsi untuk merumus secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina tiga hingga lima ayat dalam satu perenggan. Perenggan ini tidak memerlukan pelajar untuk mengulang kembali apa yang ditulis dalam perenggan sebelumnya. Untuk membina perenggan ini, pelajar perlu membuat ayat kesimpulan (AK) diiringi dengan ayat huraian (AH). Dalam ayat huraikan, pelajar boleh masukkan kesan bagi topik tersebut. Setelah itu, pelajar perlu memberikan ayat cadangan (A. Cdgn) bagi topik yang dibicarakan dan seterusnya ayat pendapat (A. Pdpt)

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING