23 May

Dalam Penulisan karangan fakta, aspek bahasa juga diambil kira sebagai contoh penggunaan tatabahasa yang betul dan penanda wacana yang sesuai dalam karangan. 


  1. Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan.
  1. Sedarsawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu…
  2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba akal serta minda kit telah…
  3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
  4. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat…
  5. Darsawarsa ini, sama ada kita sedar tau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia kita…


    b. Penanda wacana yang boleh digunakan dalam perenggan isi.

  • Selain itu
  • Akhirnya
  • Pada umumnya
  • Seterusnya
  • Namun begitu
  • Jadi,
  • Akibatnya
  • Dalam nada berbeza
  • Sewajar dengan itu
  • Walau bagaimanapun
  • Meskipun demikian
  • Sebaliknya
  • Tuntasnya
  • Selain itu


Selain penggunaan penanda wacana yang betul, penggunaan tatabahasa yang betul juga diambil kira dalam penulisan karangan. Di bwah ini terdapat beberapa kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan dalam penulisan karangan.

Bentuk Kesalahan

Salah

Betul







1. Kesalahan ejaan

Mengalakkan

Menggalakkan

Menyakinkan

Meyakinkan

Mengkagumkan

Mengagumkan

Mengenegahkan

Mengetengahkan

Mengenepikan

Mengetepikan

Makhamah

Mahkamah

Kebaikkan

Kebaikan

Kebanyakkan

Kebanyakan

Kenaikkan

Kenaikan

Was-was

waswas

Di tubuhkan

Ditubuhkan

Disana

Di sana

Aturcara

Atur cara

Khenduri

Kenduri

Ko-kurikulum

Kokurikulum

Kadang kala

Kadangkala

Barang kali

Barangkali

Beristirehat

Beristirahat

Rumahtangga

Rumah tangga

Resepi

Resipi

Tanggung jawab

Tanggungjawab

2. Kesalahan penggunaan kata ialah dan adalah

a. Cara belajar yang bijakialah dengan membina jadual.


b. Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

a. Cara belajar yang bijakadalah dengan membina jadual.


b. Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

3. Kesalahan penggunaan kata ia

Tempat ini menjadi pilihan saya kerana ia memiliki keistimewaan yang tersendiri.

a. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah tinggi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.


b. Tempat ini menjadi pilihan saya keranakawasan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.


c. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.

4. Kesalahan penggunaan kata hubung

Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah kerana negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik.

Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik.



5. Kesalahan penggunaan penanda wacana

Hal ini kerana

Hal ini demikian kerana

Justeru itu

Oleh itu

Oleh kerana itu

Oleh sebab itu/oleh itu

Sehubungan itu

Sehubungan dengan itu

Selain daripada itu

Selain itu

Selain dari itu

Selain itu



6. Kesalahan frasa nama

Mini bas

Bas mini

Goreng pisang

Pisang goreng

Tempat meletak kereta

Tempat letak kereta

Seni mempertahankan diri

Seni pertahanan diri

Pusat membeli-belah

Pusat beli-belah

Tapak membuang sampah

Tapak pembuangan sampah









7. Kesalahan frasa kerja

Saya perlu melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar.

Saya perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar.

Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih.

Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih.

Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara.

Gejala bumimenambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara.

Badan Pencegah Rasuahmenerima banyak aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.

a. Badan Pencegah Rasuah banyak menerima aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.


b. Badan Pencegah Rasuah menerima aduan yang banyak tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.

Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaankepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.

Pihak persatuanmerakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.

8. Kesalahan frasa adjektif

Tempat itu merupakan tempat yang terindah sekali di negara kita.

a. Tempat itu merupakantempat yang terindah di negara kita.


b. Tempat itu merupakantempat yang indah sekali di negara kita.

9. Kesalahan frasa jamak

Antara maklumat-maklumat...

Antara maklumat...

Himpunan kata-kata...

Himpunan kata...

Longgokan kayu-kayu...

Longgokan kayu...

Deretan rumah-rumah...

Deretan rumah...

Kebanyakan barang-barang...

Kebanyakan barang...


Pelbagai kuih-muih...

Pelbagai kuih...

10. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan

Sebuah keluarga

Satu keluarga

Sebuah mimpi

Suatu mimpi

11. Kesalahan kata kerja berapitan diper-...i

Diperolehi

Diperbaiki

Diperkuasai

Diperdalami

Diperakui

Dipersetujui

diperhalusi

Diperoleh

Dibaiki

Dikuasai

Didalami

Diakui atau diperakukan

Disetujui

dihalusi

12. Kesalahan kata kerja berapitan beR-...-an

(jumlah subjek yang banyak)

Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.


Bintang-bintangbertaburan di langit.


Daun-daun kering berguguran di halaman rumah.

Lampu merah bergantungan di dinding.


Bintang bertaburan di langit.



Daun kering berguguran di halaman rumah.

13. Kesalahan penggunaan kata kerja berapitan memper-...-i

Memperolehi

Memperbaiki

Memperkuasai

Memperdalami

Memperakui

Mempersetujui

memperhalusi

Memperoleh

Membaiki

Menguasai

Mendalami

Mengakui

Menyetujui

menghalusi

14. Kesalahan bahasa kerana meninggalkan imbuhan

Ibu bapa lebihpentingkan kerjaya...

Ibu bapa lebihmementingkan kerjaya...

Pelajar yang keraptimbulkan masalah di sekolah...

Pelajar yang kerapmenimbulkan masalah di sekolah...

15. Kesalahan penggunaan kata sendi nama

Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong dalamnegeri sendiri.

Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong di dalam negeri sendiri.

Sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga".

Oleh sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga".

16. Kesalahan penggunaan ungkapan yang mana dan di mana sebagai kata hubung

Saya telah membaca berita di mana kejayaan anda disiarkan.

Saya telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda.

Kejayaan anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.

Kejayaan anda itu akan saya jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.

17. Kesalahan kerana menggunakan ungkapan ini kerana pada permulaan ayat

Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.

Hal inidikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.

18. Kesalahan penggunaan ayat pasif

Rencana-rencana itu saya akan bukukan.


Kisah itu anda telah riwayatkan dengan jelas.


Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama.

Rencana-rencana itu akan saya bukukan.


Kisah itu telah anda riwayatkan dengan jelas.


Rumah itu sedang didirikan oleh merekabersama-sama.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING